Thursday, March 28, 2013

Happy Thursday


Untuk pengetahuan umum, dah berapa dekad dah jam mak aku bg rosak. Sejak dari itu aku dah lama tak merasa ada jam dekat tangan kiri ni. Lagipun aku bukan jenis orang yg suka tukar-tukar jam ikut warna baju. Aku adalah jenis orang yang setia pada satu. Gitteww.

Mungkin suami aku memahami perangai aku yang satu ni so semalam waktu jalan-jalan lepas balik kerja, dia ajak aku masuk satu kedai jam. Tiba-tiba dia suruh aku pilih satu jam sebagai ganti jam yang rosak tu. Ohh...aku terharu. Dan of course la bila dah berumah tangga hidup sendirian berhad dgn suami tanpa bantuan mak dan ayah, kau tau betapa susahnya hidup suami isteri nak cari duit sara diri. So, secara automatiknya aku pon pilih jam yg jenama tak berapa nak ada nama sbb dia ada discount kaw kaw sampai 70% uollss.



Tiba-tiba suami aku tunjuk jam ni. Dia kata cantik macam gelang. Aku pon tersenyum-senyum malu. Ye la, orang nak belikan kita hadiah kan. Malu la. Haha. Dah la harga dia kalau buat beli barang dapur pon lepas la untuk makan seminggu dua. (harus berkira ok. Lepas kahwin keperluan rumah sgt penting!) Jenama dia pulak sama dengan hadiah jam yg aku bg dekat dia dulu. Ada aku cerita dalam entry ni.
Yeayy...kita dua dah ada jam sama! hikhik.
Mungkin kami tak mampu nak beli barang mahal-mahal nak buat hantaran waktu kahwin dulu. Tapi lepas kahwin dapat tukar-tukar hadiah dgn suami sangat seronok. It's like we're still ingat each other every second, every minute, every hour. Chewahh....



Thank you suami saya.
Ailebiu....hikhik.



Update via tab. No signature required.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top