Wednesday, June 5, 2013

Maternity Shoot 9Months++





Sementara menunggu hari nak deliver ni, aku decide nak ambil proper maternity shoot.
At least ada lah kenangan untuk pregnant first baby ni sebab inshaa Allah kalau pregnant 2nd baby and the next entah-entah dah malas nak buat kan. Biasalah, selalunya first baby ni kan overexcited sket.
Hehe...

Photographer : EverybodyPhoto
Location : Some place in U12, Shah Alam












Dear son,
Don't you worry. Ayah & Ibu eagerly want to meet you. Just come out whenever you want to. We are already prepared. Kasih, sayang, cinta, manja, are all just for you. You are the love blooming between me and your Ayah. Demi Allah, you will be loved not till our last breath in this world, but Ayah and Ibu will love you till jannah. =)


Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagiku kerana hanya Engkau penyembuh segala penyakit. Lahirkanlah zuriat ini dengan sempurna dan dengan itu kami berjanji akan menjaga amanahMu ini dgn sebaik-baiknya.
Amin....









Saturday, June 1, 2013

Supplemen Ketika Mengandung

Korang semua kalau pergi checkup baby dekat klinik swasta or kerajaan?
Macam aku yg tak berapa nak berada ni checkup dekat klinik kesihatan kerajaan je. For me, klinik kerajaan dah la free...so buat apa nak bazir-bazir duit sampai berpuluh or ratus-ratus dekat klinik swasta. Unless kalau nak pergi scan baby or ada certain time tu aku rasa perlu buat checkup yg detail then baru aku akan pergi klinik swasta. Sebab kalau bab-bab tu, klinik kerajaan macam tak berapa nak layan sangat. Lagipon mak aku ckp senang kalau pergi klinik kerajaan ni. Kalau macam kita tiba-tiba tgh berjalan kat mana-mana waktu hujung-hujung nak bersalin, tiba-tiba rasa nak terberanak pulak kan, just bawak buku merah tu then pergi hospital kerajaan mana-mana. Lagi satu, kalau ada urusan apa-apa senang dia nak refer. Buku merah aku dah macam belacan dah dok bawak ke hulu ke hilir dalam handbag. hahaha.
Tapi ini just pendapat aku je. ;)

So, kalau pergi checkup every month tu, nurse mesti akan bagi ubat Obimin dengan Iron tablet.
Itulah ubat yg aku makan hari-hari sampai lah bulan yg ke-9 ni. Sampai nak termuntah rasa!

Other than ubat-ubat tu, aku ada jugak ambil supplemen lain lagipon waktu aku pregnant 4 ke 5 bulan, hb aku makin lama makin turun sampai lah kena anemia and low blood pressure. =.=
Anemia ni bila darah korang makin lama makin tak pekat and bahaya low blood pressure pulak selalu pening-pening and rasa macam nak pitam. Sangat tak bagus untuk kesihatan.



Aku ni bukanlah jenis yg suka sangat makan ubat. So, kakak sedara aku and ada kawan aku suggest suruh makan shaklee tp bukan yg set punya la. Dia just suggest ambil Vita-C and Vita-Lea untuk tambah hb darah.
Baru 2 minggu aku makan, next checkup aku pergi terus hb aku naik dari 10.8 sampai la 12. =O
Cepat gila kot effect dia. Serius tak tipu.
Tapi korang jangan bergantung dekat ubat je semata-mata. Husband aku cakap kena jugak makan buah-buah ni so dia hari-hari bagi aku makan epal merah untuk hb naik balik. Heheh.
Oh! Kebaikan lain Vita-Lea ni macam ganti calcium jugak. Untuk org yg tak minum susu macam aku mmg bagus makan ni. Before ni aku ada jugak ambil calcium (tak ingat dah nama apa beli kat farmasi) tapi dekat orang yg aku beli shaklee ni, dia kata kalau dah ambil Vita-Lea, tak payah dah makan calcium.
Yang Vita-C ni pulak, orang tu cakap sebab nak bantu penyerapan Vita-Lea tu.




Ni satu lagi aku makan dari awal pregnant sampai lah sekarang. Ibu aku yg suggest suruh makan ni. Nama dia al-Qurra produk Puteri Alya. Bagusnya benda ni sebab dia ada kismis, kurma, habbatus sauda and macam-macam lagi lah makanan sunnah kan. Sebab before ni mak mertua aku ada suruh makan habbatus sauda waktu pregnant tp bila ibu aku tau pasal ni terus dia suggest makan sebab dia campurkan semua benda jadi liquid form. So, kita just makan pakai sudu macam tu je. Ibu aku tau pasal ni pon sebab dia dengar promotion thru Ikim fm. Kalau makan ni, inshaa Allah baby jadi macam bijak, pandai, cepat belajar, otak cerdas. Macam-macam tu la. Inshaa Allah..... Siapa taknak anak bijak kan. hehe.


So, itulah supplemen makanan tambahan yg aku ambil sepanjang preggy ni.
Alhamdulillah setakat ni aku masih sihat. =)
Kalau rasa mommy-to-be yg tgh tercari-cari nak ambil supplemen apa, try lah supplemen yg aku dah terangkan panjang lebar ni. hehehe...
Tak rugi pon beli Vita-Lea, Vita-C dengan al-Qurra ni sebab kita boleh terus makan sampai lah lepas bersalin waktu pantang nanti. ;)




Btw, kalau sesiapa nak beli Shaklee, boleh lah contact Shaklee Independent Distributor AnNur Shuhada untuk area Klang Valley.
Kalau sesiapa yg area Negeri Sembilan, boleh contact dengan Halessa Shahrom.
Inshaa Allah you will get the best price from them. =)
And untuk al-Qurra tu, boleh contact distributor Puteri Alya sendiri sebab aku pon beli dekat stall dalam Tesco Shah Alam je.


9months++


(Entry panjang untuk penerangan yg lebih jelas, terang dan nyata)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top