Tuesday, March 18, 2014

DIY Paper Bag

Aku memang suka bab-bab DIY ni. Murah! Cuma masa dgn tenaga la banyak kena keluar sikit. Tapi kalau DIY sendiri, kita boleh buat macam mana cara kita suka.
So kali ni aku nak tunjuk cara-cara nak DIY paper bag.

Aku guna newspaper lama je.
Kalau rasa nak guna kad ke, kertas warna ke, apa-apa kertas lah, pon boleh juga.



FIRST

Guna newspaper yg pendek macam Kosmo atau NST. Lepastu potong guna 1 bahagian tu je. Tapi ikut korang la nak saiz macam mana. Kalaunak besar, buat la ikut ukuran sendiri.



SECOND

Lipat dua newspaper tadi tapi tinggalkan sikit kat hujung tu untuk digam.



THIRD

Kemudian, lipat kiri kanan newspaper tadi dalam 3-4cm untuk dapatkan garisan.



FOURTH

Then, bukak balik lipatan tadi dan korang akan dapat 3 garisan.
Garisan yang tengah tu masukkan ke dalam macam dalam gambar.
Haa...dah nak nampak macam beg dah ni. Dah nak siap ni. Hehe



FIFTH


Gamkan bahagian bawah paperbag untuk dilipat sebab nak matikan hujung bag.
Gam dalam 2-3cm. Since kita dah banyak lipat-lipat tadi, so gamkan segala yg terlipat tadi supaya dia melekat dengan kukuh dan kuat. Haha. Gam macam dalam gambar tu.
Kalau guna gam uhu lagi bagus.
Lepas dah letak gam, lipat hujung tu.



SIXTH

Kembung-kembungkan tepi beg, ratakan bawah dia, kalau rajin, letak lah kad ke, kertas keras ke dekat bawah bahagian dalam tu supaya nampak lebih kukuh.



FINALLY

Anddd...poofff! Jadilah Paper bag! Ikut la kalau korangnak tebuk bahagian atas tu untuk letak tali ke, atau just lipat and then stapler ke. Terpulang.



Dan sekarang, aku ada lagi 80 bag lagi nak siapkan untuk birthday Khawarizzmi nanti.
Hehehe. I'm gonna DIY all of the things for his birthday party. Inshaa Allah.
Nanti aku share aku buat tema apa.

Till then,
Selamat mencuba.
=)


not-so-creative
etika



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top