Wednesday, May 21, 2014

I am Pregnant! AGAIN?!

Husband aku dah lama suruh buat upt test sebab dia tengok aku makan banyak macam dinosour.
Bak kata dia, "Make banyok telajok" :p
Tambah mengukuhkan bila aku mula mual dan loya-loya satu hari tu. Tapi aku rasa perut aku masuk angin sebab makan kambing dekat kedai mamak tu.
Secara paksa rela, kitorang pergi beli pregnancy test dekat Watson dan tengah malamnya baru aku cuba. Dan keputusannya......




Yup...positive.

First pregnancy dulu memang tersangat excited. Walaupun unexpected tapi memang setiap orang yg baru berkahwin, dapat anak memang satu anugerah.
Cuma untuk second pregnancy ni, memang unexpected jugak. Tapi sebab Izz still kecik lagi. Tak sampai setahun pon umur dia. So, aku macam underestimate kebolehan aku sebagai seorang ibu.

Reaction aku masih lagi bersyukur atas rezeki yg Allah nak bagi ni tapi aku ada macam satu perasaan yang
"What? Mengandung?"
"Hmmmm..."
"Macam mana dengan Izz nanti?"
"Ishhh...boleh ke aku jaga dua-dua sekali dengan adil dan saksama?"
"Izz kecik lagi..."
Sebenarnya bukan satu perasaan. Tapi banyak perasaan. Bercampur baur.




Rasa happy tu ada, bukan tak happy langsung. Tapi bila tengok Izz dok main, nangis2, aku tiba2 rasa macam sedih untuk Izz.
Aku tengok semua kakak-kakak ipar aku bila ada second baby, diorang akan selalu marah anak yang first. Aku takut aku akan buat perkara yg sama dekat Izz. =(
Normal ke aku rasa macam ni?

Aku tanya ibu, aku tanya umi.
Diorang cakap biasalah rasa macam tu bila mengandung anak kedua waktu anak first kecik lagi.
Diorang pon macam tu jugak dulu. Sama. Semua perasaan yang aku rasa, diorang dah rasa dulu.
Umi aku cakap, at the first stage ni, banyak ajar Izz yang dia dah nak ada adik. Suruh dia bagi salam hari-hari dekat adik dia. So that dia tau ada orang lain jugak yang dia kena sayang. Walaupun dia tak berapa nak faham tapi the acts tu yang akan buat dia terbiasa.
Husband aku pulak cakap.
Adil tu bukan bermaksud sama rata je. Tapi meletakkan sesuatu di tempatnya.
So, mungkin bila baby tu dah keluar, dia akan perlukan lebih perhatian dari kita sebab dia kecik lagi. Bukan bermaksud ignore abangnya, cuma abangnya kita ajar berdikari sikit.
Kawan-kawan aku pon semua bagi postive wishes bila tau aku pregnant lagi.
Then bila terfikir kalau baby ni perempuan, terus aku tersenyum.
Baju perempuan banyak cantik-cantik, lepastu nanti boleh beli headband, ribbon, ehhh...syok pulak. hahaha.


Ok.
Ini isu breastfeed pulak.
Perlu tak aku putuskan breastfeeding Izz bila dah tau aku preggy ni? Atau just teruskan tandem nursing ni?
Satu lagi benda sedih sebab aku rasa breastfeeding ni sangat-sangat bagi mother-and-son moment.
The doctor said, kena stop kalau rasa badan tak mampu nak tanggung.
Ibu suruh jangan breastfeed lagi.
Umi aku pon kata jangan breastfeed Izz lagi sebab dia kata susu dalam badan dah jadi macam susu untuk baby dalam perut. Takut kalau breastfeed kan Izz lagi, nutrients yg supposedly goes to the baby dalam perut akan jadi tak cukup and takut baby ada kesan sampingan lain. Faham2 lah kan maksudnya.
But then, aku try search blog-blog yang share pasal tandem nursing ni. Semuanya ikut kemampuan badan seseorang. Ada yang berjaya buat tandem nursing ni dan ada yg keguguran bila dia tandem nursing. Maybe badan dia tak kuat.
Pada masa ni, aku still breastfeed dia lagi tanpa susu lain. Sedih woo nak bercerai susu badan dengan anak yang kecik lagi. Tapi setiap kali breastfeed Izz, aku akan rasa lapar tahap maximum dan pening-pening.
So, aku discuss dengan husband aku untuk teruskan dengan tandem nursing but at the same time aku kena makan banyak, and amek supplemen yang cukup. Izz pulak kena tambah dengan susu formula lain tapi tak secara kerap. Mungkin kita akan bagi dia campur-campur susu. Mungkin akan bagi dia susu kambing, kadang-kadang bagi susu soya ke, kadang bagi susu lembu ke. Takut kalau ajar dia satu jenis susu, mana lah tau tiba-tiba ekonomi merudum, takdelah dia berikat perut tak dapat minum susu pulak kan.

Ya Allah, semoga Kau terus berikan aku kekuatan untuk menjadi seorang ibu yang tabah dan penyayang. Sesungguhnya Engkau Tuhan maha pemberi rezeki, maha mengetahui.
Aku tau, Allah bagi kami sekeluarga dengan kehadiran orang baru lagi sebab Dia tau aku mampu.
Terima kasih ya Allah atas rezeki yang tidak ternilai ni.
=') 



Can't wait to see you.
Nanti ibu konvo bawak abang Izz dengan adik dalam perut. Hihi.


Love,
Ibu.




 



4 comments:

Puan Eka said... Best Blogger Tips

tahniah awak.
Doakan eka pula ye. Hehehe

Ramai jugak yang pregnant tapi anak masih kecik lagi. Tengok diorang pun mula-mula mcm awak jugak. Tak sangka kan rezeki awal.

Takpe, semoga Izz jadi abang yang baik untuk adiknya. InshaAllah

Unknown said... Best Blogger Tips

Tahniah. Mmg itulah perasaannya...
it is safe to breastfeed during pregnancy. Sy breastfeed sampai anak sulung umur 1y7m. Stop sbb sy akan susahkan org lain nk jaga dia bile bersalin t. N sy da mula rasa contraction tiap kali bf dia, masa tu peknen 8 bulan.

Unknown said... Best Blogger Tips

Salaam..Tahniah awak.
Faham sgt perasaan org yg breastfeed ni ;)
Betul tu vitamin untuk ibu hamil penting untuk diri ibu agar kesihatan di tahap optimum
Jaga diri ya :)

Awin Salim said... Best Blogger Tips

Faham perasaan Ika tu..walaupun kak win baru kahwin, 2 bulan pastu tb2 tau pregnant...anak first plak tu tp x rs excited mcm org lain..perasaan pun bercampur baur..unexpected, x ready, fikir baru nak mula hidup etc-etc..tp bila fikir2 balik Allah lebih tahu segalanya..Dia tau diri kt mampu maka sbb tu dia bg kt 'hadiah, terus sedar patutnya diri kn bersyukur dan ada lagi ramai luar sana yang x bernasib mcm kita. Alhamdulillah, kn syukur atas nikmat yg x terduga ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top