Wednesday, December 10, 2014

25 Tahun



Alhamdulillah...masih lagi diberi peluang untuk bangun pagi seperti sedia kala di antara suami dan anak. Semalam tepat 25 tahun hidup dekat dunia. Tak sangka dah tua.
Terima kasih untuk semua ucapan yang diterima. Amin amin amin untuk semuanya.

Tapi,
Yang paling pertama aku patut ucap terima kasih mestilah dekat seorang wanita tua bernama Suffia Abd. Rahim.
Sebab dia, aku ada dekat sini.
Sebab dia, aku adalah aku yang sekarang ini.
Sebab dia, aku dapat belajar tinggi-tinggi.
Sebab dia, aku dapat rasa jadi seorang isteri.
Sebab dia, aku tahu macam mana menjadi seorang ibu untuk anak sendiri.
Sebab dia, adalah segala-galanya.
Dia tak pernah minta balasan untuk apa yang dia dah bagi.
Aku ambil keputusan untuk jadi suri rumah walaupun dah ada degree pon dia tak pernah ungkit segala penat peluh lelah dia hantar aku belajar.
Sebab dia tau, pelajaran tu sangat penting untuk kita bawa pergi mana-mana.
Apatah lagi pengorbanan sakit perit nak lahirkan aku ke dunia ni. Sikit pon tak pernah minta untuk dibalas.
Sebab, seorang ibu bukannya inginkan balasan duit untuk setiap benda yang dia lakukan. Tapi ingatan kasih sayang seorang anak tu yang paling dia perlukan.
Itu yang dia pernah cakap dekat aku untuk ingatan.
Aku tahu, semua ibu pon macam tu.
Sebab tu bila dah ada anak sendiri, baru rasa payah nya kerja fulltime jadi ibu.
Semoga tersemat kemas segala nasihat dia dalam diri aku ini.

Terima kasih juga Badi'uzzaman Muhammad untuk kenangan semalam.
Walaupun dah belanja makan dekat Chemistry, dia janji nak bawak jalan-jalan lepas tengah hari.
Walaupun dah janji nak bawak jalan-jalan, tapi tak jadi.
Walaupun merajuk sebab tak jadi tapi aku tau, dia susah payah nak cari duit untuk aku, Izz dan baby.
Balik-balik tu, dia bawak balik sepotong kek yang boleh buat aku rasa happy.
Tq awak. :*



Semoga 25 tahun ini membuatkan aku lagi matang untuk tahun-tahun berikutnya.
Aminnnn.....
Oh, doakan semoga next experience aku dalam labour room berjalan dengan lancar.
Tinggal beberapa minggu je lagi.
Ya Allah, takut dia sama je macam anak pertama.
Akhir kata, terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak untuk semua sekali.
=)

Tq Dance by Izz :B



etika.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top