Monday, December 22, 2014

Journey of My 2nd Pregnancy

Kali ni aku ada masa yg banyak nak tulis entry panjang-panjang.
Sebabnya, boring sangat kena warded ni. Rindu dekat anak. Lagi rindu dekat ayah dia. Tapi malu nak cakap. Walhal waktu bercinta dulu hari-hari dok sms "i love you". Hahaha.
So, aku pon terfikir macam mana lah perasaan ibu-ibu yg bekerjaya, yang kena pergi kursus 2 3 hari tinggalkan rumah. Mesti meronta-ronta nak balik tengok anak. Aku ni pon hari-hari dok whatsapp mintak gambar Izz buat apa. Yang lagi sedih bila suami aku sanggup la bertekak dengan guard nak bawak Izz naik wad, bila dia jumpa aku, dia biasa je takde nak peluk aku ke, nangis-nangis drama sikit ke. Cheh...







Asalnya aku terus pergi hospital sebab haritu aku perasan baby macam kurang gerak. Sebab selama ni bukan main aktif, tiba-tiba haritu aku goyang gegar perut pon, baby takde respon. So, bila bagitau husband, dia terus suruh pergi Hospital Serdang.
MashaAllah punya ramai sangat patient. Aku sampai kena stay dua hari dekat kerusi untuk tunggu dapat katil dekat wad. Tidur, makan, minum semua dekat kerusi je. Sedihnya rasa nak balik rumah.
2nd day dekat hospital tu baby dah gerak macam biasa. Tapi bila diorang scan, kedudukan baby transverse. Which means dia melintang. So, memang diorang kata kena warded jugak sebab takut jadi apa-apa since aku dah 37weeks.



At first, diorang suggest nak buat ECV (External Cephalic Version), a technique diorang guna untuk pusingkan balik baby. Tapi diorang akan buat lepas dah dapat katil. Nak tunggu dapat katil pon susah, lepastu nak kena tunggu dia monitor lagi. Haihhh....



After dah dapat katil, pagi tadi doktor check dia kata kepala dah dekat bawah. Mata aku dah nampak sinar-sinar discharge tu. Malangnya doktor cakap diorang kena monitor baby kepala kat bawah at least 2 hari. Kalau dia still pusing-pusing, diorang still kena buat ECV. ECV pon belum tentu jgk baby akan sentiasa kepala dekat bawah. Kalau dia berpusing jgk, harapan terakhir aku kena ceaser la.
Ya Allah, bertambah-tambah hari duduk dalam wad tanpa sakit, dok tengok orang meraung contraction, lepastu dapat baby. Yang aku ni???
Aku berdoa sangat-sangat yang esok bila dia check kepala baby still dekat bawah. Tak mampu nak duduk saja dekat dalam ni sambil malam nangis-nangis homesick. T.T

Ada jugak aku tanya-tanya orang tips nak bagi kepala baby dekat bawah. Ramai cakap waktu solat tu cuba sujud lama-lama. Yang paling penting cakap-cakap dengan baby, pujuk baby dalam perut tu. Even doktor pon advise macam tu. Aku try la buat. Cakap-cakap dengan dia. Selama ni aku tau aku adalah seorang ibu yang teruk untuk kali ni sebab aku selalu abaikan dia, tak pernah pon cakap dengan dia, usap-usap perut pon jarang. Aku selalu bagi priority dekat abang Izz dia dengan harapan baby ni faham. Sorry adik. :(
Lepas dah try buat cara tadi tu, Alhamdulillah baru kejap tadi doktor datang check lagi sekali and dia cakap kepala baby still dekat bawah.

Ya Allah, permudahkan proses kelahiran ini ya Allah.
Keluarkanlah dari perutku ini zuriat yang soleh.

Dear baby, please be nice.
Adik tak kesian ke dekat ayah, dekat abang Izz.
Adik kan selalu dengar abang Izz nyanyi-nyanyi. Adik taknak balik rumah ke dengar suara abang Izz nyanyi sambil joget-joget?
Hoping for a better result tomorrow.
Allahumma yassir wala tu'assir


etika.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top