Friday, July 1, 2016

HAPPY 3RD BIRTHDAY MY FIRST SON

Last 28th June 2016 haritu, which falls on Ramadhan 23rd, aku and suami ambil peluang ni sambut birthday anak teruna sulung kami yang ketiga dengan bertemakan kampung.
Ok, aku kalau bab sambut menyambut ni memang aku suka nak plan-plan bagai ni.
Rugi dulu time dekat U tak ambil course Event Management. hoho.

Disebabkan bulan puasa kan, so tema kampung ni sesuai sangat. Pakai ala-ala orang kampung sikit, baju kurung baju melayu, lepas berbuka senang boleh terus solat. Kannnn.
Kali ni buat kecil-kecilan jemput adik beradik aku je sebab dia pun dah umur 3 tahun. Aku akan sambut beria ajak ramai-ramai bila 1st birthday. But still aku nak terapkan dalam family kami ni yg every year kita akan sambut birthday masing-masing even simple macam mana sekalipun sebab aku nak suami and anak-anak aku rasa appreciated. Nanti bila besar aku harap diorang akan cari family dulu untuk sambut birthday. Bukan keluar celebrate dengan kawan-kawan.

Aku dah pesan siap-siap dah dalam group whatsapp family aku sebulan sebelum yg aku nak buat birthday Izz tema kampung. Aku pesan siap suruh diorang dtg nanti ikut tema. Pakai baju melayu dengan kain pelikat ke, pakai baju kurung dengan kain batik ke sebab aku nak nampak cantik je bila time bergambar nanti. Haha. Dan yg paling aku suka pasal family aku ni, diorang jenis ikut je tema apa yang selalu aku dengan adik-adik perempuan aku dah setup kan bila time birthday party sape-sape ke, time raya ke. Love you guys.

Makanan apa semua pun aku prepare ikut tema kampung. Dah kata bulan puasa kan, aku pergi je beli kuih 5 biji RM2 dekat bazar. Beli macam-macam jenis lepastu letak dalam bekas ala-ala anyam tu. Alas pulak dengan daun pisang. Kampung style sangat.


Aku cuma masak mee goreng je. Yang laksam tu pun aku order je. Tapi laksam tu memang sedap. Aku try sekali je time pergi birthday anak kawan aku. So aku ambil contact number dekat kawan aku tu. Kak Hasnah Laksam. Dia menjual dekat Killiney Setiawangsa.


Kek pulak aku order dekat kawan kakak ipar aku. Dia duduk area Klang. Serius sedap gila kek coklat strawberry dia. Dah la murah. Strawberry penuh dalam kek. RM40 je kot. Cream dia pun langsung tak muak. Cumanya dia failed la sikit bab-bab deco kek ni. Tapi takpe. Aku beli je sticker comel-comel dekat Mr. DIY tu, aku lekat atas lidi, then cucuk je. Dah nampak comel.


Anak aku yang kecik tu beria sangat tengok abang dia tiup lilin. Mulut dia pun duduk muncung konon-konon nak tiup. Hahaha.

So, kalau korang rasa nak buat tema kampung boleh lah try nanti. Tak susah pun nak setup. Aku beli barang-barang props pun dekat Daiso, Mr. DIY dengan kedai jual barang am tu je. Budget sangat.



Dear Muhammad al-Khawarizzmi,
Happy birthday to you, my son, the first one, the protective brother, the funny abang.
May you'll grow to be a pious son and a good man.
I maybe strict and fierce in teaching you, but i swear to Allah that i really love you that i want you to be better everyday. But you turns out to imitate me when you scolded your lil brother. Hmmmm.....
No matter what, you will always be my first and my lil handsome boy.


From your mother,
Ibu.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top