Friday, September 9, 2016

Sayang, Happy 4th Anniversary!




Wow! Alhamdulillah we survived our 4th year together!
Tehehe.
Cozy small house? Checked ✔
Kids? Checked ✔
Son? Checked ✔
Daughter? Ehemmm.....
InshaaAllah

Apa yang pasangan 4 tahun berkahwin lakukan untuk meraikan ulangtahun?
Pagi-pagi lagi kami berdua dah bangun siap-siap.
Siap-siap pergi klinik nak check anak pertama si Izz sebab dia mengadu bebird dia sakit.
Kahkah.
No more sweet and romantic wishes i guess.
Ada lah si suami cakap sikit tadi "Happy anniversary sayang" before keluar kereta dia nak sambung pergi kerja balik tadi.
Ok lah dari tak ingat langsung kan.

So teringat lah zaman bertunang dulu.
Tiap-tiap bulan dok sambut monthsary kononnya.
Biasalah...muda lagi. Hahahaha.
Sekarang ni dapat hidup bahagia anak beranak tak bergaduh sehari pun dah syukur Alhamdulillah dah.

Dulu teringat waktu zaman bertunang kami main tukar-tukar handphone.
Zaman-zaman akak bercinta dulu selalunya ramai couple buat macam ni kan.
Saya pegang handphone awak, awak pegang handphone saya.
Barulah tiada rahsia antara kita.
Chewah.

So adalah satu malam tu, lebih kurang dalam 4 ke 5 pagi.
Tiba-tiba handphone si Badi berbunyi.
Kita ni yg tengah mamai-mamai ternampak nama appear dekat screen
"(nama ex dia-no oz)"
Dari mamai terus segar wehhhh.
Terus lah angkat then cakap hello.
Tapi suara di sebelah sana tak bercakap pulak. Dia terkejut la kot ada suara perempuan yang jawab call dia.
Kau tak rasa sangsi ke dalam banyak-banyak masa proper dia boleh call, kenapa tima-time macam tu jugak dia nak kena call.
Mustahil dia tak tau time Malaysia waktu tu pukul berapa kan.

Tapi kita ni takdelah nak melenting bergaduh tanpa sebab.
Just rileks and time jumpa dengan si Badi lepastu terus suruh dia call balik "kawan" dia tu tanya kenapa dia call.
Then Badi cakap, katanya nak wish selamat bertunang.
Hmmmmm.....
Kami takdelah gaduh sangat pun. Cuma pelik je la.
Badi pun beria sungguh kata memang dah lama tak contact apa semua.
So, case closed.

Itu case belah lelaki.
Yang belah perempuan ni pulak tak lama lepas tu.
Ada satu hari tu tiba-tiba dapat inbox dekat fb.
Ex bf kita yang time matric dulu tu tiba-tiba contact balik.
Dia kata dia tengah sedih. Dia nak bercerai dah dengan bini dia.

Waktu tu hati ni rasa bergolak semacam dah. Rasa macam nak je balik dekat dia.
Dah lama kenal kot. Yang dengan si Badi ni dah la baru je kot kenal lepastu terus bertunang.
Memang time tu rasa kalau ikut akal yang tak waras tu memang cancel nak kahwin apa semua dah.
Kita ni pun berdoa la hari-hari mintak petunjuk siapa jodoh sebenar.
Tapi time tu takdelah contact sangat pun dengan ex bf tu.
Sebab pada masa yg sama masih meneruskan kerja-kerja kahwin macam biasa walaupun hati tengah berbolak balik.
Sebab tu jugak kot takdelah concerned sangat nak balik dekat dia.
Tapi tak pernah lah cerita dekat si Badi pasal ni sampailah dah kahwin baru cerita kat dia.
Eleh..yg si ex bf tu pun takde pulak kita ni nampak dia bercerai. Elok menambah anak je hah sekarang dengan bini dia.

Orang selalu cakap time bertunang ni darah manis, Time-time bertunang ni la banyak dugaan jadi kat pasangan. Time tu jugak la kena kuat bagi hubungan kekal sampai jinjang pelamin.
Tapi apa-apa pun berbalik dekat kita lah nak handle macam mana.

Macam dugaan kami ni takdelah besar mana pun.
Tak sehebat cabaran nak buat kerja kahwin.
Mana nak dengar pendapat family, mana nak ikut kehendak sendiri lagi.
Orang yg dah lalui fasa buat kerja kahwin sendiri mesti faham.
Haha.

So untuk adik-adik yg tengah bertunang tu tak payah nak serabut sangat fikir pasal dugaan bertunang.
Handle it wisely.
Waktu bertunang lah nak tengok macam mana kita nak handle masalah yg melibatkan hubungan sesama pasangan.
Nanti dah kahwin baaaaanyakkkkkk lagi dugaan yg kita nak kena hadap HARI-HARI.





Dear husband,
Badi'uzzaman bin Muhammad
For many years to come,
Through stress and joy,
Through thick and thin,
With our kids,
May we strongly go through all over it.
Together.
Forever.

Love you,
Isteri-Perfect-Ten (hahaha)




P/S: Segala watak tambahan selain dari hero dan heroin dalam ini adalah rahsia unless sesiapa yang memang mengenali watak tersebut. Cumanya cerita sini habis sini lah ye. Mereka juga ada kehidupan masing-masing seperti kami. Kami sendiri anggap cerita tersebut hanya sebagai kenangan yang untuk disenyumkan sahaja sehingga tua nanti =)



Related links: Sayang, Happy 1st Anniversary!Sayang, Happy 2nd Anniversary!Sayang, Happy 3rd Anniversary!


No comments:

Post a Comment